Wednesday, May 26, 2010

Perjumpaan dengan pakar kali ke-5 (2010)

Perjumpaan kali ini adalah untuk scan ovari utuk tengok ada tak diatara telur saya yang membesar seprti yang diperlukan. Bermakna ini kali ketiga saya scan. Huhu. Scan daripada dalam.

Kalau scan maksudnya temujanji waktu petang. Pukul 2 kami suami isteri sudah siap menunggu di Hospital Langkawi. Sejam menunggu seorang doktor lelaki keluar dari bilik bersama dua orang jururawat..Ayooyo saya tak mau doktor lelaki...Tak lama selepas itu jururawat maklumkan yg doktor pakar di bilik bedah dan akan ambil masa sejam atau lebih untuk jumpa para pesakit yang menunggu giliran. Saya ambil kesempatan itu untuk bertanya jururawat yang sama. Hari ni doktor pakarnya lelaki ka? Kalau ya saya tak mau! Alhamdulilah katanya doktor pakar hari ni perempuan.
(Teringat kala mendapatkan rawatan di Hospital Selayang nursenya sangat baik hati bertanya nak jumpa doktor perempuan sahaja ya? Oh saya angguk.)

Habeslah usaha saya untuk kosongkan pundi kencing sedari rumah. Sedia maklum dok bawah kipas. Sejuk woo. Kena masuk tandas di hospital lah jawapnya.

Pukul 4 lebih kurang baru jumpa Doktor Che. Scan lagi..semua telur saya kecil-kecil sahaja. Huu.Tak cukup syarat. Dengan ini dos clomid saya ditambah. Beserta tambahan ubat Medroxyprogesterone supaya saya turun period on time bagi pusingan haid seterusnya. Sedia maklum period tak teratur dan beterabur. Metfamin seperti biasa.

Semoga Allah beri saya kekuatan. Saya hamba yang lemah.

No comments:

Post a Comment