Sunday, May 23, 2010

Percubaan clomid 2007



Setelah dua tahun masih tak ada apa-apa perkembangan yang berlaku kami mahu cuba sesuatu.Teringat sembang-sembang dengan Kak Ina kawan sekerja tentang usaha dia maka clomid utk dapatkan baby yg kedua. Dia sarankan kepada saya supaya cuba di klinik Tanjung kerana doktornya semua perempuan.

Saya dan suami ke klinik Tanjung. Nasib kami baik dapat jumpa Dr Latipah pemilik klinik. Dia scan perut saya dan tunjukkan yang peranakan saya normal..Tak ada apa-apa. Saya kena makan asid folic dan clomid. Katanya kalau habis boleh beli di farmasi. Ulang kalau tak berjaya bulan ini.

Saya ikut kata doktor dan makan clomid sebanyak 6 kali..Tak perasan selera makan menjadi-jadi dan badan semakin naik dan naik. Perasan baju dah semkain tak muat namun saya abaikan sahaja. Suka boleh beli baju baru.

Setiap kali datang period saya akan menangis dan menagis. Emosi melampau-lampau tah kenapa.Tiap kali nak period pun perut sakit teruk tak seperti biasa. Setelah enam kali itu kami ambil keputusan untuk berhenti makan clomid. Serik sudah.

Dan badan saya terus naik bagai dipam-pam.

No comments:

Post a Comment