Saturday, April 23, 2011

one tree hill season 8 episode 18



Quiet little voices.
Saya tertunggu-tunggu episod yang satu ini. Kerana setelah sekian lama dalam season ini harapan Brooke lakonan Sophia Bush akan menjadi kenyataan. Ya untuk mempunyai anak. Meskipun bukan dari kandungan sendiri. Anak adalah satu anugerah Tuhan.

Aduhai hampa saya bila harapan Brooke tidak juga kesampaian kali ini. Saya pernah dalam posisi Brooke kala menunggu orang untuk menyerahkan anak kecilnya kepada saya. Ketika mendapat panggilan talifon yg memaklumkan bayi yang saya pohon sudah selamat dilahirkan. Saya tidak berani meletakkan harapan yg tinggi. Pengalaman rakan yang pernah cuba mengambil anak angkat tetapi dihampakan oleh ibu berkenaan pada saat-saat akhir. Rakan saya luluh hatinya. Saya percaya Allah Maha Penyayang dan semua yg berlaku punya hikmah di sebaliknya. Rakan saya sudah berjaya punya anak angkat daripada ibu yang lain.

Saya..
Saya masih tak percaya sudah sembilan bulan berlalu..Alisha sudah sembilan bulan.
Saya tetap menantikan kemunculan baby Brooke dalam One Tree Hill.