Tuesday, October 11, 2011

Hampa lagi

Saya tidak datang bulan selama 4 bulan. Saya tak berani nak beli kit test pregnancy. Pokoknya saya takut nak terima kenyataan yg saya tak mengandung. Sungguh saya mahu mengandung!

Allah kata belum masanya.

Saya tak menangis gila-gila seperti dulu-dulu. Saya sudah boleh terima keadaan ini. Belum masanya. Sudah lama saya tak ke hospital besar Langkawi untuk berjumpa doktor pakar. Makan clomite stage 3 pun belum lepas. Saya sengaja bertangguh. Malas sungguh nak makan clomite.
Malas sunguh..sungguh

Saturday, April 23, 2011

one tree hill season 8 episode 18



Quiet little voices.
Saya tertunggu-tunggu episod yang satu ini. Kerana setelah sekian lama dalam season ini harapan Brooke lakonan Sophia Bush akan menjadi kenyataan. Ya untuk mempunyai anak. Meskipun bukan dari kandungan sendiri. Anak adalah satu anugerah Tuhan.

Aduhai hampa saya bila harapan Brooke tidak juga kesampaian kali ini. Saya pernah dalam posisi Brooke kala menunggu orang untuk menyerahkan anak kecilnya kepada saya. Ketika mendapat panggilan talifon yg memaklumkan bayi yang saya pohon sudah selamat dilahirkan. Saya tidak berani meletakkan harapan yg tinggi. Pengalaman rakan yang pernah cuba mengambil anak angkat tetapi dihampakan oleh ibu berkenaan pada saat-saat akhir. Rakan saya luluh hatinya. Saya percaya Allah Maha Penyayang dan semua yg berlaku punya hikmah di sebaliknya. Rakan saya sudah berjaya punya anak angkat daripada ibu yang lain.

Saya..
Saya masih tak percaya sudah sembilan bulan berlalu..Alisha sudah sembilan bulan.
Saya tetap menantikan kemunculan baby Brooke dalam One Tree Hill.

Monday, July 5, 2010

Takda apa-apa

Sepatutnya saya makan Medroxyprogesterone agetate pada 2 hb yang lepas. Saya tangguhkan sebab mengharapkan keajaiban. Belum masanya. Semalam mimpi pegang baby boy yang sangat comel. Rasa seperti tak mahu terjaga daripada mimpi yang indah ini.

Malam ni kena makan ubatnya. Supaya period turun dan start makan clomid semula.

Wednesday, May 26, 2010

Perjumpaan dengan pakar kali ke-5 (2010)

Perjumpaan kali ini adalah untuk scan ovari utuk tengok ada tak diatara telur saya yang membesar seprti yang diperlukan. Bermakna ini kali ketiga saya scan. Huhu. Scan daripada dalam.

Kalau scan maksudnya temujanji waktu petang. Pukul 2 kami suami isteri sudah siap menunggu di Hospital Langkawi. Sejam menunggu seorang doktor lelaki keluar dari bilik bersama dua orang jururawat..Ayooyo saya tak mau doktor lelaki...Tak lama selepas itu jururawat maklumkan yg doktor pakar di bilik bedah dan akan ambil masa sejam atau lebih untuk jumpa para pesakit yang menunggu giliran. Saya ambil kesempatan itu untuk bertanya jururawat yang sama. Hari ni doktor pakarnya lelaki ka? Kalau ya saya tak mau! Alhamdulilah katanya doktor pakar hari ni perempuan.
(Teringat kala mendapatkan rawatan di Hospital Selayang nursenya sangat baik hati bertanya nak jumpa doktor perempuan sahaja ya? Oh saya angguk.)

Habeslah usaha saya untuk kosongkan pundi kencing sedari rumah. Sedia maklum dok bawah kipas. Sejuk woo. Kena masuk tandas di hospital lah jawapnya.

Pukul 4 lebih kurang baru jumpa Doktor Che. Scan lagi..semua telur saya kecil-kecil sahaja. Huu.Tak cukup syarat. Dengan ini dos clomid saya ditambah. Beserta tambahan ubat Medroxyprogesterone supaya saya turun period on time bagi pusingan haid seterusnya. Sedia maklum period tak teratur dan beterabur. Metfamin seperti biasa.

Semoga Allah beri saya kekuatan. Saya hamba yang lemah.

Sunday, May 23, 2010

Percubaan clomid 2007



Setelah dua tahun masih tak ada apa-apa perkembangan yang berlaku kami mahu cuba sesuatu.Teringat sembang-sembang dengan Kak Ina kawan sekerja tentang usaha dia maka clomid utk dapatkan baby yg kedua. Dia sarankan kepada saya supaya cuba di klinik Tanjung kerana doktornya semua perempuan.

Saya dan suami ke klinik Tanjung. Nasib kami baik dapat jumpa Dr Latipah pemilik klinik. Dia scan perut saya dan tunjukkan yang peranakan saya normal..Tak ada apa-apa. Saya kena makan asid folic dan clomid. Katanya kalau habis boleh beli di farmasi. Ulang kalau tak berjaya bulan ini.

Saya ikut kata doktor dan makan clomid sebanyak 6 kali..Tak perasan selera makan menjadi-jadi dan badan semakin naik dan naik. Perasan baju dah semkain tak muat namun saya abaikan sahaja. Suka boleh beli baju baru.

Setiap kali datang period saya akan menangis dan menagis. Emosi melampau-lampau tah kenapa.Tiap kali nak period pun perut sakit teruk tak seperti biasa. Setelah enam kali itu kami ambil keputusan untuk berhenti makan clomid. Serik sudah.

Dan badan saya terus naik bagai dipam-pam.

Wednesday, May 19, 2010

permualaan



Sepatutnya saya mula dari awal lagi..
Sudah bermula pun perjalanan kami suami isteri semenjak tahun2005. Smenjak itu kami terus menanti. Sampai ke hari ini..Kami tidak putus asa..Ini ujian buat kami. Kami redha.
Kami lahir daripada keluarga yang besar. Kami impikan keluarga yang besar juga...
Kami berusaha untuk memiliki zuriat kami sendiri. Belum sampai destinasi.

Saya banyak mencari di dalam internet tentang infertitily. 5 tahun sudah melayakkan kami ke dalam kategori ini. Sepanjang perjalanan nak jadi mummy ini macam-macam juga yang kami telah cuba. Akan saya kongsikan dalam blog ini tentang percubaan kami yang sudah-sudah.

Di luar sana ada pasangan yang menanti sekian lama lebih lama daripada kami untuk menjadi daddy dan mummy. Yang pastinya kami tak bersendirian. Di harapkan blog ini dapat dijadikan medan perkongsia..

Ini luahan hati saya..my journey to be mummy..Biar berapa tahun pun..Kami setia menanti.